Followers

Friday, October 28, 2016

Al-Fatihah buat isteri kepada kawan baik suami......





Hari ni aku nak update 1 cerita..
cerita yang bagi aku cukup sedih dan terkesan dalam diri ini..
Semalam hari Khamis 27/10/2016..waktu tu dalam pukul 2-3 ptg la..
husband wasap bagitau wife kawan baik dia telah meninggal dunia...
aku memang terkejut bila husband bgtau...automatic mata aku berkaca..
kawan baik dia ni nama Affendi..tapi kiteorang panggil black je..
aku memang tak kenal dengan wife dia..tak sempat nak kenal pun..
husband je lah penah jumpa dulu..masa dorang kahwin tahun 2014 husband aku ada pergi kenduri kahwin mereka kat Kedah...time tu aku tak ikut sama..husband pergi dengan member2 dia je...
 
Ikut apa yang husband aku bagitau kat aku wife black ni meninggal sebabkan penyakit strok..
tahun pertama dorang kahwin sebelum wife dia pregnant..memang ade sakit..tp aku x tau sakit apa..
lepas tu masa dia pregnant kerap pula sakit..ulang alik hospital..last2 hantar balik kampung kat Kedah..bagi family wife dia jaga n tengokkan dia..oh ya black ni sama kerja dengan husband aku..stay pun kat Klang..faham2 je lah kerja polis ni kan..xtentu masa..so susah pula kalau wife dia dok sorang2 time dia kerja kan...tu yang balik kampung...
sampai lah wife dia bersalin tahun ni...lepas bersalin tu makin teruk sakit dia...seingat aku time lepas2 raya baru2 ni lah...wife dia kat hospital...x sedarkan diri...bila dah sedar..terbaring je..tak boleh bangun..tak boleh bercakap...
aku xtau lah punca sebenar sakit dia ni kenapa..
so black ni seminggu sekali bila dia off day je dia akan balik kampung jenguk wife and anak dia..
bayangkan lah tiap2 minggu ulang alik Klang- Kedah..
 
dalam 2 minggu lepas husband aku cakap dia ada bawa balik wife and anak dia ke Klang..
sebab time tu wife dia dah Nampak sihat...dah boleh duduk..cuma tak boleh jalan je lah...
tp ada orang ikut dia balik sekali tolong jaga wife dia time black ni tengah kerja...
lepastu balik semula ke Kedah sebab dia ada follow up rawatan kat sana..
so lepas dia hantar wife dia tu, dia balik semula ke Klang..
ikutkan malam semalam dia kerja...tp siang tu dia bergegas balik ke Kedah..
otw dia balik dia call husband aku ..husband cakap dia menangis kuat sangat bagitau wife dia dah meninggal...
dah lah dia balik sorang2...xtau la keadaan dia time dia drive tu mcm mane...
husband suruh dia tenang...drive elok2..
aku x pasti dorang kebumi mayat pukul berapa...semoga segalanya berjalan dengan lancar..
 
Apa yang buat aku cukup terkesan n terasa sedih...
dia tak ada disamping wife dia di saat2 akhir...
anak dia baru beberapa bulan sudah kehilangan ibu..
lagi sedih dia tak macam pasangan suami isteri yang lain..
sejak mereka berkahwin berapa kerap la sangat mereka tinggal bersama...
sebab masa wife dia lebih banyak di kampung dan di hospital...
berjauhan dengan isteri disebabkan  bekerja di sini...
mungkin kalau kerja biasa dia boleh berhenti n cari kerja lain kat sana..
tapi kerja polis ni ..bukan senang2 nak tukar kan..
itulah dugaan hidup...dugaan buat dia...
apa pun aku harap dia kuat semangat..tabah..kuat demi anak dia...
satu2 nya harta peninggalan isteri dia yang amat berharga buat suaminya...
walaupun aku x pernah jumpa wife dia...memang x sempat nak jumpa..disebabkan keadaan wife dia yang sering sakit...tp aku tau..dia seorang isteri yang kuat...
pernah suami dia nak bawa dia balik ke rumah...tapi memikirkan tiada siapa boleh tolong jaga kan wife dia..terpaksa la tinggal di kampung je..
damailah kau di sana Diana..walaupun kita tak pernah berjumpa...
rehat lah...awak dah cukup derita dan sengsara dengan sakit yang di alami...
Al-Fatihah......
 
p/s: malam tadi husband balik Gombak..sebab hari ni dia off...
so malam smalam dia dah balik..dia cerita pasal black ni..lepastu dia cakap kalau dia lah x sanggup nak tempuh...sedih ...tak tau apa jadi kalau isteri dah tak ada...
dia kata tak boleh nak bayangkan tinggal berjauhan macam tu...
aku cakap lah kite pun tak tau kita mati ni macam mana...tapi kita tau mati itu pasti...
cuma bila je tak tau...
 
 
 



3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Innalillah..
Sungguh memang mati itu benar tapi sedihnya perjalanan hidupnya yg singkat bersama suami dan anaknya sekejap sangat. Kakak baca pun mata dah rasa panas Aeen..

HanNis SaNia said...

sedihnye. dia xcuba mtk transfer ke balai sn ke ms tu??

Aeen said...

@HanNis SaNia x pasti la dia dah cuba mintak tukar ke x time tu...