Followers

Friday, October 10, 2014

Bila lelaki lebih manja ketika tidak sihat...






Lelaki biasanya lebih manja dan mahukan perhatian serta simpati apabila demam dan selsema menurut satu kajian.

Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.

Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih upaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau. - AGENSI

Kredit gambar: MyMediaHubOnline



Korang rasa betul tak..??
bagi aku betul la jugak nie...aku cakap betul..sebab husband daku macam ni lah kalau dia demam or xsehat...adoiiii manja bebenor...mengalahkan anak2 pulak...
mengada2 ye jugak...kadang2 tu terpaksa perhatian tu dibagi lebih sikit dari anak2...
bab makan ubat pulak..dia lebih rela makan panadol x pun ubat cap kaki tiga tu...
nak bawak gi klinik memang dia xnak perginya...sejak kahwin...sekali pun aku x pernah tengok husband aku kalau sakit pergi klinik..xpernah yeh...tapi kalau aku yang sakit bukan main dipaksa suruh gi klinik...kalau dia? seboleh2 dia xnak pergi...aku siap offer ni nak bawak gi klinik..
tapi dia xnak..degil...kadang sakit tu 2-3 hari..pun xnak gi klinik or hospital..
geram aku...nak didukung or kendong..MasyaAllah..berat...xlarat aku...hahahah...
husband aku ni orangnya memang mudah sakit kepala...boleh dikatakan family dia..semua jenis yang mudah sakit kepala...or migrain..
so kat rumah..memang aku selalu standby ubat..macam panadol, ubat cap kaki tiga..
kalau demam pulak..aku bagi dia ubat tahan sakit...beli kat farmasi je..
ntah lah..payah betul nak ajak dia gi check kat klinik..kite ni risau kalau ada penyakit apa2 ke...
lagi aku ajak..lagi dimarahnya....
bab makan bila time demam or xsihat ke...selalunya dia nak bubur...
demam2 pun demand oiii...xnak bubur lain..nak bubur MCD...
so bini dia ni..terpaksa melayankan lah kehendaknya....
bila husband xsihat...penjagaannya sama je macam jaga anak2 xsihat..
memang kurang tidur lah..kejap2 bangun check suhu badan..panas ke x..
kalau panas...basahkan kain..lap2 sikit badan tu....
Walaupun aku bebel2 ckp husband kalau sakit ni manja bebenor..nak tak nak kena la layan kan jugak..betul tak..dah tanggungjawab n amanah kite..bila suami or anak2 sakit..kite sebagai isteri ni kena lah jaga....




4 comments:

HanNis SaNia said...

HIhihi btol2.. memang gitu la gaya Nye. Cuba kalau perempuan demam, time tu la boleh masak mengemas p keje.

diary_ciknaa said...

betul-betul.. sebab tu dorang jarang sakit kot..hehe.

ameris said...

time ni je laa aen asben tu nak manje2. layankan jer...

Julia Johari said...

Layan je aeen suami sakit ni bukan selalu...time ni la kita nak tunjukkan yg kita betul2 sygkan dia...jaga dia time sakit