Followers

Friday, May 31, 2013

Info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut



Apa itu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?

Penyakit ini biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak bawah umur 10 tahun.


Apa sebab penyakit ini boleh terjadi?

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yag biasanya menyerang adalah coxsakievirus A16. (biasa kan kite dger cox sakie nie)

Apa tanda-tanda dan gejala penyakit ini?


  • Demam 
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung, Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7hari, Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis indvidiu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit dengan haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Rawatan?

Tiada rawatan yang khusus.

  • Ubat demam (paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam.
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan 1/2 sudu teh garam utk segelas air suam.( sekiranya kanak2 tersebut boleh berkumur)
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya.
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?

  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih
  • Pemukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air bersih, dan sabun.
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti, berus gigi,sapu tangan, tuala, cadar, cawan,sudu dan garpu.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak.
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti.
Apakah vaksin untuk penyakit ini?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (<38C) lebih 48 jam.
  • letih/lesu
  • kulit dan lidah yang kering
  • resah
  • sawan
  • hilang sedar
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan,kaki dan mulut:-
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.


P/S:just sharing info pasal penyakit nie.. :)









8 comments:

With Julia said...

Ada kawan member mommy dlm blog gak kena penyakit nih tau mama raees...sekali tgk habis satu bdn..keciann tau tgk baby kena tq aeen kongsi info...kena jaga2 lepas nih

puansazusarin said...

Hr tu masa kina kne admit wad utk bt operation doc ada kata kina kne sakit ni..tapi kina cuma demam dan ulser dlm mulut sahaja..lepuh2 atau ruam xda langsung...

SweetLikeWhat said...

tq share ekk aeen

Cik Puan Rara said...

takut kan.hmmm,rara skrg ni mmg jarang bawak princess keluar.sbb dye mmg sng berjangkit.,

Hon BookStore said...

Salam kenal!!
Info postingan yang sangat bagus buat kesehatan mulut.

Sebagai penunjang, tentang masalah mulut, kami juga menyediakan buku berjudul, "45 Masalah Dan Solusi Penyakit Gigi Dan Mulut". dapatkan bukunya hanya di : www.honbookstore.com

http://www.honbookstore.com/2013/10/45-masalah-dan-solusi-penyakit-gigi-dan.html

Silahkan kunjungi dan pilih2 buku berkualitas lainnya di : www.honbookstore.com
Dapatkan diskon gede2an hingga 15%. :D

Jangan lupa silahkan tinggalkan jejak alias komen di : Hon Book Store :)

Mama Adra said...

Salam ;-)
Carik² psl info HFMD ni...jumpe blog mama raees...thnx for sharing ye ;-)

MamaAdra
http://supplemensemulajadi.blogspot.com

Nur Fazieyana said...

salam...terima kasih...info sangat2 berguna....


Nur Fazieyana
http://kekalsihatbersamaummi.blogspot.com/

Halra said...

iya anak anak sering banget terkena penyakit tangan, kaki dan mulut,
kita harus menjaga kesehatan dan kebersihan, terimakasih SOBAT