Followers

Monday, March 9, 2015

KAWAN makan KAWAN....KAWAN jadi LAWAN





Semalam adalah hari yang sangat pedih dan perit buat aku dan suami....
disebabkan oleh seseorang yang bernama KAWAN yang selama ini berkongsi segala susah dan senang, suka dan duka..tolong menolong antara satu sama yang lain telah memusnahkan pertalian itu...
apabila KAWAN itu telah menyebabkan aku dan suami bergaduh sesama sendiri 

KAWAN ini cuba dan hendak merosakkan hubungan antara aku dan suami...
cuba dan hendak meruntuhkan rumahtangga kami.....
Tujuan apakah dia buat semua ini??
Disebabkan cemburu?
Sakit hati?
Tak suka tengok kebahagiaan kami?
Tidak diketahui puncanya......
Habis dicanang dan menjaja cerita dengan orang sekelilingnya....
menceritakan keburukkan...
menabur fitnah....
semata-mata untuk membuat orang lain percaya akan kata-kata KAWAN ini...
dan melihat keretakkan dan keruntuhan rumahtangga kami!

Wahai KAWAN ingatlah...kamu bukan sehari dua dikenali...
sudah berKAWAN hampir 7 tahun...
tapi sekarang?
apa yang telah kamu lakukan?
cuba merosakkan sendiri hubungan persahabatan!
cuba memerpodohkan diri kamu!
kamu yang membuatkan diri kamu dibenci orang...
di ajak bincang dan berterus terang kamu mengelakkan diri!

Tapi..Alhamdulillah...Allah itu Maha Mengasihani..
Di saat kamu ingin meruntuhkan kebahagiaan kami...
Allah kuatkan kami untuk terus bersama....
Walau apa jua cara kamu ingin lakukan kami tidak goyah..
Berkat kesabaran...Kepercayaan kami..Kesetiaan kami...
Kami akan mempertahankan rumahtangga kami...

Ingatlah wahai KAWAN...
caramu itu hanyalah untuk memperbodohkan diri kamu sendiri....
Berubahlah sementara kamu masih bernafas lagi..
Bertaubatlah wahai KAWAN...
tak disangka perangaimu begitu kotor sekali........
ini dinamakan KAWAN makan KAWAN
ataupun
KAWAN jadi LAWAN....



7 comments:

Allene typicalmommy said...

geramnya kawan macam ni. sbb tu, lin tak suka ada bff.

Aeen said...

@Allene typicalmommy kan lin..ain lg geram....tp kawan ni belum smp tahap BFF lah...hanya kawan sahaja...tp teruk kami dia buat mcm ni..huuh..

ameris said...

astagfirullah... tak layak dibuat kawan org cenggini.
semoga ain n husband kuat menahan fitnah org.

Chekgu Azrine said...

Nauzubillh.elakkanla kawan camni sis..huhu...

Aeen said...

@ameris mmg xlayak pun kak...skang ni rasakan la bila sorang2 ketepikan dia...gara2 sikap dia mcm ni...

Aeen said...

@Chekgu Azrine susah nak percaya kawan skang ni sis...kena lebih berhati2..

Zie Madini said...

Jahat nya dia, skrg ni payah nak jumpa kwn yg bukan jadi lawan :(

Sbb tu ada, not everybody who smile at u is ur friend

in future kena hati² trust someone yg uols panggil kawan ea sis