Followers

Wednesday, March 25, 2015

Selamat Menyambut Hari Polis yang ke 208 buat suamiku....



SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS YANG KE 208 
buat suamiku yang tersayang....

Hari ni merupakan hari yang bermakna buat suami...
hari bagi meraikan perkhidmatan dan pengorbanan bagi anggota2 polis di Malaysia..

Bukan senang jadi bini polis ni...
banyak yang kite perlu korbankan..
korbankan masa berdua...
korbankan masa dengan anak2 dan jugak family....
kerja yang tak tentu masa...
kadang2 balik..kadang x balik rumah....

Aku mengaku kadang2 aku x boleh nak terima keadaan ni...
sebab aku x banyak masa dengan dia..
kadang2 tu aku kerja dia kat rumah..aku balik kerja dia pergi kerja...
kalau dia kerja balik malam..aku dah tidur....susah nak jumpa berdua n spend time together...
melainkan bila dia dapat off je..tu pun seminggu sekali je Off...
kalau nak keluar pergi mana2 sekali pun..pandai2 lah kena adjust timing...
kalau x boleh nak adjust...memang kiteorang x keluar lah..
dat y lah husband bagi aku kelonggaran kalau nak keluar ke mana2...
dia x kesah aku keluar bawa anak2 bila dia x ada...
sebelum ni dia kerja dalam pejabat...ok lagi lah weekend kiteorang boleh keluar n tiap2 malam dia ada kat rumah...tapi sekarang ni bila dia dah start meronda...
time kerja dah x tentu masa...
kadang2 bila dia offf pun kiteorang x keluar mana..sebab time tu la dia nak berehat sepenuhnya...
kadang2 tu jugak walaupun dia penat..dia tetap nak bawak anak2 keluar pergi jalan2..sebab xnak hampakan perasaan anak2 dia...

Tapi apa2 pun...nak tak nak..
aku kena terima jugak situasi ni...
aku kena ingat bukan aku je yang perlukan husband...masyarakat diluar sana pun memerlukan perkhidmatan dia...xpelah....apa yang aku boleh buat..
mendoakan yang terbaik untuknya...diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik bila bertugas...

To my beloved husband...
Im always pray for you...
Wish you all the best for your career...
Love u....






2 comments:

anez zamri said...

respect ain boleh terima keadaan tu..takpe ada manis nye nanti..insyaAllah...

Aeen said...

@SweetLikeWhat agak susah jugaklah sebenarnya nak terima keadaan ni anez...huhuh...